2.3-Organisasi sel dalam badan manusia

on Jumaat, 19 Julai 2013
Organisasi sel dalam badan manusia

Sel pipi

Sel pipi adalah pipih dan berbentuk seperti jubin.Sel pipi berfungsi melindungi permukaan dalam pipi.



Sel otot

Sel otot berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan.



Sel saraf

Sel saraf(juga dikenali sebagai neuron)mempunyai cabang-cabang halus seperti benang yang disebut gentian saraf.



Sel darah merah

Sel darah merah mengandungi pigmen merah yang sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.



Sel darah putih

Sel darah putih melindungi badan daripada serangan penyakit dengan menghapuskan bakteria dan virus dalam badan.


Sel pembiakan

Ovum(sel pembiakan permpuan) dan sperma(sel pembiakan lelaki ialah sel-sel pembiakan yang terlibat dalam proses pembiakan manusia.


Organisasi sel

Sekumulan sel membentuk tisu

Sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan melaksanakan fungsi yang sama membentuk tisu.




Sekumpulan tisu  membentuk organ



Sekumpulan organ membentuk sistem



Sekumpulan sistem membentuk manusia

Pelbagai sistem berfungsi secara bersepadu untuk membentuk manusia,iaitu salah satu organisma multisel.



2.2-Organisma unisel dan multisel

Organisma Unisel dan Multisel

Organisma terdiri dari pada satu sel sahaja disebut organisma unisel('uni' bermaksud satu).Contol organisma Unisel ialah Euglena,Paramesium,yis,bakteria,klamidomonas dan ameba.

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel disebut organisma multisel('multi' bermaksud banyak).


Bab 2-Sel sebagai unit asas hidupan


Sel haiwan dan sel tumbuhan

Bab 2-Sel sebagai Unit Asas Hidupan

2.1-Apakah itu sel?

Batu bata merupakan unit asa pembinaan bagi rumah ini.Seperti rumah,hidupan juga mempunyai unit asas pembinaan.Pada tahun 1665,seorang ahli sains Inggeris bernama Robert Hooke telah menggunakan mikroskop untuk memerhati gabus.Sel merupakan unit asas hidupan.

Mikroskop

Mikroskop yang biasa digunakan di makmal sains dikenali sebagai mikroskop cahaya.



Cara Penggunaan Mikroskop
1. Jarak mata-okuler:
Untuk mencegah kelelahan mata, diperlukan penjagaan jarak antara mata dan okuler. Untuk menentukan jarak ini, mata mendekati okuler dari suatu jarak maksimum sekitar 1 cm. Jarak optimum dicapai pada saat medan pandang tampak sebesar-besarnya dan setajam-tajamnya. Selain itu, mata yang sebelah lagi harus tetap terbuka.
2. Pengamatan dimulai dengan menggunakan lensa objektif dengan pembesaran lemah (misal 10x).
3. Sambil mengamati melalui lensa okuler, sekrup pemutar kasar diputar secara perlahan agar tabung mikroskop naik. Pada saat demikian, gambar dapat teramati meskipun belum begitu jelas. Untuk memperoleh gambit yang lebih jelas, sekrup pemutar halus diputar sehingga dapat diamati gambar yang lebih jelas dan lebih fokus.
4. Setelah mengamati gambar dengan menggunakan lensa objektif dengan pembesaran lemah (10x), objek yang sama coba diamati dengan menggunakan lensa dengan pembesaran yang lebih kuat (missal 40x) dengan cara memutar revolver sehingga lensa objektif 40x tepat mengarah ke lubang pada panggung.
Hal yang perlu diingat: selama pengamatan dengan pembesaran kuat tidak boleh mempergunakan sekrup pemutar kasar, untuk mendapatkan gambar yang baik (fokus) cukup digunakan sekrup pemutar halus.
D. Perawatan Mikroskop
1. Memegang mikroskop dengan kedua tangan ketika mengangkatnya.
2. Memulai pengamatan dengan pembesaran lemah sebelum menggunakan pembesaran kuat.
3. Tidak memutar tombol dengan kasar.
4. Menghilangkan kotoran pada lensa mikroskop:
Seringkali gambar mikroskop tetap kabur meski telah diusahakan penyetelan focus halus. Ini seringkali disebabkan lensa depan objektif yang kotor dan/atau lensa okuler. Untuk memastikan pada bagian mana lensa kotor, pertama-tama lensa okuler diputar, dan kemudian, bila perlu, lensa objektif diputar sambil mengamati cuplikan untuk menentukan kapan lapisan kotoran yang kabur bergerak. Kemudian lensa yang kotor dibersihkan dengan kertas transerat atau kertas lensa. Kondensor yang kotor pun dapat mengaburkan gambar.
Ketika membersihkan lensa depan objektif, harus diingat bahwa lensa terpasang pada perekat yang dapat melarut dalam pelarut organic. Oleh karena itu, lebih baik jika digunakan air suling untuk menghilangkan kotoran; jika tidak bisa, digunakan pelarut organik yang mudah menguap sesedikit mungkin, misalnya benzene atau eter minyak bumi.
5. Memastikan mikroskop dalam keadaan kering, sebelum dan sesudah digunakan.
E. Menghitung Pembesaran Gambar
Telah dijelaskan sebelumnya bahwa sebuah mikroskop memiliki dua macam lensa, yaitu lensa okuler dan lensa objektif. Kedua lensa tersebut memiliki ukuran pembesaran tertentu. Pembesaran total untuk panjang tabung yang digunakan diperoleh dari pembesaran pada objektif dikalikan dengan pembesaran yang tertera pada okuler.
perbesaran objektif x perbesaran okuler = perbesaran total
10 x 8 = 80 x
10 x 12,5 = 125 x
40 x 8 = 320 x
40 x 12,5 = 500 x
Perbesaran total 80-125x (perbesaran rendah) dan 320-500x (perbesaran tinggi) yang diberikan pada contoh sudah cukup untuk memenuhi persyaratan normal. Perbesaran rendah (3,5 x 8 atau 3,5 x 12,5, yaitu perbesaran total 30-40x) dapat memperlihatkan tampak umum dari suatu cuplikan dan biasanya digunakan untuk pengamatan pertama pada seluruh cuplikan.
F. Preparasi Sampel
1. Setetes air ditempatkan pada object glass.
2. Objek/spesimen diletakkan pada air tersebut.
3. Cover glass ditempatkan pada bagian atasnya denga cara miring dan turunkan secara perlahan serta diusahakan agar tidak terbentuk gelembung udara. Pembentukkan gelembung udara dapat menyebabkan kualitas gambar menjadi kurang bagus atau tidak jelas.
4. Air harus mengisi ruang antara object glass dan cover glass; jika air tersebar ke bagian lain dari object glass, kelebihan ini harus dikeringkan (misal dengan tisu) dengan hati-hati.
5. Jika objek sudah terdapat dalam bentuk suspense cairan, tetesan suspense dapat digunakan tanpa harus meneteskan air terlebih dahulu pada permukaan object glass.

1.6-Kepentingan Unit Piawai dalam Kehidupan Harian

1.6-Kepentingan Unit Piawai dalam Kehidupan Harian

Kekeliruan akan berlaku jika setiap orang menggunakan unit pengukuran yang berbeza.Bagi menyelesaikan masalah tersebut,unit piawai,iaitu unit S.I. diperkenalkan pada tahun 1960.Sejak itu,unit piawai digunakan oleh kebanyakan ahli sains dalam pengukuran.


1.5-Jisim dan Berat

1.5-Jisim dan Berat

Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung di dalamnya.Unit S.I. bagi jisim ialah Kilogram(kg).Berat sesuatu objek ialah daya tarikan Bumi terhadap objek itu.Daya tarikan Bumi dikenali sebagai graviti.Unit S.I. bagi berat ialah newton(N).Jisim boleh diukur melalui neraca tiga alur dan neraca tuas manakala berat boleh diukur melalui neraca spring dan neraca mampatan.Sekarang kita dapat mengukur jisim dan berat melalui neraca elektronik.




1.4-Penggunaan alat pengukuran

1.4-Penggunaan alat pengukuran

Dalam penyiasatan saintifik,kita perlu mengumpulkan data.Data dikumpulkan dengan mengukur atau menyukat kuantiti fizik tertentu dan perlu memilih alat pengukuran yang betul dan sesuai untuk mengukur kuantiti fizik.

Mengukur panjang

Panjang ialah jarak di antara dua titik.Didalam makmal sains,panjang diukur dengan menggunakan pembaris meter.

      Garis lurus yang panjang diukur dengan
pita pengukur.Unit S.I. untuk panjan ialah meter
(m).Unit lain yang biasa digunakan ialah Kilometer











(km),sentimeter(cm) dan milimeter(mm).

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m = 100 000 cm

Mengukur luas

Unit S.I. untuk luas ialah meter persegi dan boleh ditulis dalam m2.Unit lain bagi luas ialah milimeter persegi(mm2),sentimeter persegi(cm2) dan kilometer persegi(km2).

Luas segi empat = panjang x lebar

Menyukat isipadu cecair

Unit S.I. untuk isipadu ialah liter(L) dan mililiter(ML).

1 ML = 1 cm3
1 L = 1000 ML = 1000 cm3
1 M3 = 1 000 000 ML

Menyukat suhu

Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek.Unit S.I. bagi suhu ialah kelvin(K).Walau bagaimanapun,Darjah celcius turut digunakan untuk menyukat suhu dalam kehidupan harian.Suhu disukat mengguanakan termometer klinik dan termometer makmal.

1.3 Kuantiti fizik dan Unitnya

on Khamis, 18 Julai 2013
1.3 Kuantiti fizik dan Unitnya

Kuantiti fizik ialah kuantiti yang dapat diukur dan disukat.Terdapat lima kuantiti fizik yang sentiasa digunakan,iaitu panjang,jisim,masa,suhu dan arus elektrik.Nilai Kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil dalam unit S.I. boleh diwakili dengan imbuhan awalan.Setip imbuhan awalan ini mempunyai simbol dan nilainya.


Kuantiti fizik dan unit SI
Kuantiti fizik
Unit SI
Simbol unit
Panjang
meter
m
Jisim
kilogram
kg
Masa
saat
s
Suhu
kelvin
K
Arus elektrik
ampere
A



Simbol dan nilai prefix

Imbuhan awal (Prefix)
Simbol
Nilai berangka (numerical)
mega
M
1 000 000
kilo
k
1 000
centi
c
0.01
milli
m
0.001
micro
µ
0.000 001

1.2 Penyiasatan saintifik

Simbol amaran

Di dalam makmal sains,bahan-bahan kimia yang berbahaya disimpan di dalam botol atau bekas yang dilabelkan dengan simbol amaran.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.



Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.



Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.


Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.



Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.



Radas yang biasa digunakan di dalam makmal.

Tabung uji
Tabung didih
Takung kaca
Bikar
Kelalang kon
Kelalang dasar leper
Serkup kaca
Kaki retort
Tungku kaki tiga
Kasa dawai
Kelalang dasar bulat
Silinder penyukat
Buret
Pipet
Corong turas
Mangkuk Pijar
Piring sejat
Penunu bunsen

Penunu Bunsen

Kita menggunakan penunu bunsen untuk memanaskan bahan ujian.Nyalaan penunu bunsen adalah sangat panas dan berbahaya.




1.2 Penyiasatan Saintifik

1.2 Penyiasatan Saintifik

Langkah 1 - Mengenal Pasti Masalah
Langkah 2 - Membuat Hipotesis
Langkah 3 - Merancang Eksperimen
Langkah 4 - Menjalankan Eksperimen
Langkah 5 - Mengumpulkan Data
Langkah 6 - Menganalisis Dan Mentafsir Data
Langkah 7 - Membuat Kesimpulan
Langkah 8 - Menulis Laporan

Makmal Sains

Eksperimen sains biasanya dijalankan di dalam makmal sains.Atas faktor keselamatan,murid-murid harus mematuhi peratuarn di dalam makmal sains.

PERATURAN DALAM MAKMAL

      Peraturan  Am dalam Makmal dan Bilik Persediaan :

  1. Tidak boleh makan,minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
  2. Tidak di benarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan.
  3.  semua peralatan sains,bahan kimia hendaklah di kembali  ke tempat  asalnya setelah digunakan.
  4. Kelas amali yang masih berjalan di dalam makmal tidak boleh di  tinggalkan tanpa sebarang pengawasan.
  5. Makanan dan minuman adalah di larang simpan di dalam peti sejuk di bilik persediaan
  6. Kaki tangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa di  dalam makmal dan bilik persediaan.
  7. Peralatan sains,bahan kimia,bahan biologi dan fizik yang berada didalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh di bawa keluar   tanpa  kebenaran.
  8. Langkah-langkah keselamatan makmal mesti di patuhi semasa  berada di dalam makmal atau bilik persediaan.
  9. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
  10. Setiap kemalangan di dalam makmal hendaklah di catat di dalam buku  rekod kemalangan dalam Makmal.
B)     Peraturan Makmal bagi Pelajar

  1. makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan,tiada sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
  2. Setiap kerosakan,pecah atau hal kemalangan perlulah di laporkan dengan segera kepada pensyarah atau kakitangan makmal. makmal dan bilik persediaan adalah kawasan larangan.tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran
  3. peralatan sains,bahan kimia,bahan biologi dan fizik dalam makmal tidak boleh di bawa keluar tanpa kebenaran.
  4. Peralatan sains,bahan kimia bahan biologi dan fizik hanya boleh digunakan atas arahan dan bimbingan pensyarah.
  5. Semua peralatan sains,bahan kimia,biologi dan fizik yang telah di gunakan hendaklah di kembalikan ketempat asal.
  6. Semua radas hendaklah di bersihkan sebelum dan selepas guna.
  7. Eksperimen tida boleh di jalankan tanpa kebenaran /pengetahuan
  8. Di larang bermain-main dengan peralatan dan bahan di dalam makmal.
  9. Tidak di benarkan berpindah dari tempat duduk yang di khaskan ketempat lain tanpa kebenaran pensyarah.
  10. Kerusi makmal hendaklah di atur dengan kemas.keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas setiap sesi.
  11. Kertas tidak boleh di gunakan untuk menghidupkan penunu Bunsen.
  12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti di padamkan sebelum di buang  ke dalam tong sampah.
  13. Kayu mancis,kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh di buang ke dalam atau bawah singki tetapi buang dalam tong yang disediakan.
  14. Makanan dan minuman tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam makmal.
  15. Air paip dalam makmal tidak boleh minum.
  16. Tidak di benarkan mengguna peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan pensyarah atau kakitangan makmal.
  17. Langkah-langkah keselamatan mesti di patuhi setiap masa.

C : PERATURAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA.

  • Label pada botol mestilah di baca dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan di gunakan itu betul.
  • Gunakan sedikit sahaja bahan kimia semasa membuat pemerhatian kerana ianya sudah memadai untuk memberi keputusan yang jelas.jangan membazirkan bahan kimia.
  • Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.jangan gunakan jari.
  • Botol yang mengandungi bahan kimia mesti di tutup semula dengan segera setelah di ambil bahannya.
  • Bahan kimia biasanya beracun dan mengkakis.jangan cuba merasa sebarang bahan kimia walaupun ia larutan cair.

1.1 Apakah itu sains?

Bab1-Pengenalan kepada sains

1.1 Apakah itu sains?

Sains ialah suatu ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang segala benda dalam alam sekitar.Gambar di bawah menunjukkan fenomena semula jadi.

 Tumbesaran Manusia
                                        Pencairan Ais
Pembentukan embun pada waktu pagi











                                                                          Pembentukan Pelangi


Kepentingan sains dalam kehidupan harian


Pengangkutan


Pertanian


Perindustrian


Perubatan


Teknologi maklumat dan komunikasi


Kerjaya dalam sains

  1. Ahli meteorologi
  2. Ahli geologi
  3. Saintis alam sekitar
  4. Guru sains
  5. Angkasawan
  6. Jurutera
  7. Doktor
  8. Ahli Farmasi