1.4-Penggunaan alat pengukuran

on Jumaat, 19 Julai 2013
1.4-Penggunaan alat pengukuran

Dalam penyiasatan saintifik,kita perlu mengumpulkan data.Data dikumpulkan dengan mengukur atau menyukat kuantiti fizik tertentu dan perlu memilih alat pengukuran yang betul dan sesuai untuk mengukur kuantiti fizik.

Mengukur panjang

Panjang ialah jarak di antara dua titik.Didalam makmal sains,panjang diukur dengan menggunakan pembaris meter.

      Garis lurus yang panjang diukur dengan
pita pengukur.Unit S.I. untuk panjan ialah meter
(m).Unit lain yang biasa digunakan ialah Kilometer











(km),sentimeter(cm) dan milimeter(mm).

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m = 100 000 cm

Mengukur luas

Unit S.I. untuk luas ialah meter persegi dan boleh ditulis dalam m2.Unit lain bagi luas ialah milimeter persegi(mm2),sentimeter persegi(cm2) dan kilometer persegi(km2).

Luas segi empat = panjang x lebar

Menyukat isipadu cecair

Unit S.I. untuk isipadu ialah liter(L) dan mililiter(ML).

1 ML = 1 cm3
1 L = 1000 ML = 1000 cm3
1 M3 = 1 000 000 ML

Menyukat suhu

Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek.Unit S.I. bagi suhu ialah kelvin(K).Walau bagaimanapun,Darjah celcius turut digunakan untuk menyukat suhu dalam kehidupan harian.Suhu disukat mengguanakan termometer klinik dan termometer makmal.

0 ulasan: